Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.. kita jangan selalu mengharap.. kerana mengharap tidak pasti tertunai.. tetapi kita boleh bersabar.. kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan.. nilai persahabatan diukur dengan kejujuran.. bukan kebendaan.. manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu.. tidak dapat bebas dengan sempurna.. kecuali tali itu putus.. barulah ia bebas melayang.. make hay while the sunshine..

Monday, July 6, 2009


ini adalah rumah moyang keluarga aku yang telah ditinggalkan..sekarang rumah ini sangat usang..ia terletak di hadapan rumah aku. Banyak unsur-unsur kesenian yang terdapat di rumah ini seperti ukiran lama, tiang seri,atap genting lama dan banyak lagi..


Ayam panggang..huhu..puas makan macam ayam golek dekat muar punye..emmm sedap..

Thursday, July 2, 2009


Inilah buah pulasan..
adik beradik rambutan..

Manggis muda

Musim DuriaN..yum yum
sedapnyerrrrrrr

Sunday, April 26, 2009

Friday, February 27, 2009

Cara-cara membuat SIMPLE PIZZA at home...

LANGKAH PERTAMA..........

Mula-mula....

1)Masukkan air sejuk ke dalam periuk adunan.

Kemudian......

2) Seterusnya,masukkan minyak zaitun ke dalam air sejuk tadi..

Oleh itu...

3) Masukkan gula pula ke dalam adunan tadi...

Seterusnya.....

4) Setelah masukkan gula..tidak lupa pula, masukkan garam ke dalam adunan..

Selepas itu...

5) Topping Pizza tidak menjadi jika tiada tepung gandum..Oleh itu, masukkan 4 cawan tepung gandum di atas campuran tadi..

Oleh itu..kita juga perlu.......

6) Setelah itu..masukkan mauripan @ yis di atas tepung gandum..

Jadi.........kita perlu.

7) Masukkan periuk yang berisi adunan tadi ke dalam mesin penguli untuk diuli..

so...kita perlu menunggu adunan itu diuli dan tunggu adunan naik selama 10 minit.

Oleh itu..adunan akan menjadi Toppping Pizza seperti gambar di bawah...


Oleh itu, LANGKAH 1 sudah pun selesai..seterusnya mari kita sama-sama lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk diletakkan di atas topping pizza tadi..

Bahan-bahannya adalah :

1) Sosej yang telah dipotong kecil-kecil mengikut citarasa..


2) Isi ayam yang telah dicincang halus (mengikut citarasa)


3) Bawang merah yang dipotong bulat-bulat...


4) Minyak zaitun


5) Sos Tomato dan cili


6) Mozarella cheese @ keju biasa


7) Daun oregano
















Kesemua bahan-bahan adalah tertakhluk kepada individu..tambahan untuk pizza lebih sedap..letaklah :
*nenas yang dipotong dadu
*tomato dipotong bulat-bulat
*cendawan butang
*DLL...

Sos hendaklah sesuai dengan isi @ inti, jika :

Ayam sesuai dengan sos tomato
Tuna sesuai dengan sos Thousand Island

Cara membuatnya adalah LANGKAH 2 :

1) Letak minyak di atas dulang pembakar,ratakan minyak di atas dulang tersebut.


2) Oleh itu..setelah meratakan minyak zaitun tadi..letak adunan tepung tadi di atas dulang untuk di lenyek-lenyek supaya tepung tadi terisi penuh di atas dulang.



3) Selepas itu, letakkan sos tomato tadi di atas topping pizza tadi..ratakan sos tersebut supaya ke semua bahagian topping tersebut ditutup dengan sos



4) Letakkan kesemua bahan-bahan inti pizza tadi di atas topping pizza..bahan-bahan yang yang perlu diletakkan mengikut keutamaan seperti berikut :
i) Isi ayam
ii) Sosej
iii) Bawang merah
iv) Bahan yang tidak tersenarai seperti cendawan/tomato/nenas.. DLL
v) Mozarella cheese
vi) Daun oregano


Inilah campuran kesemua bahan-bahan tadi mengikut keutamaan..

5) Oleh itu, pizza ini tersedia untuk dibakar..

6) Inilah hasilnya..Simple PIZZA telah pun masak........hehehe




UPSSSSSSSSSS...sukatan untuk bahan-bahan untuk membuat topping pizza tadi saya akan update lagi yer..buku masakan saya ada dekat kampung,,terlupa nak bawa..pape pun cuba la try dulu yer..
Hmm tapi ada satu rahsia tau..sebenarnya PIZZA ini boleh dibuat kepada seseorang yang ada mesin penguli atau oven AMWAY jer tau..oven ni hanya ada dalam produk AMWAY jer..sukatan dan buku masakan semua diberi.
Kalau lah kita nak uli topping pizza itu tadi mesti penat....pape pon..

SELAMAT MENCUBA...

Monday, February 23, 2009

Angin sepoi-sepoi bahasa lalu di muka ku......

Sebelum saya berkongsi bagaimana cara-cara untuk masak PIZZA..SINAR DELIA ingin berkongsi pengalaman semasa mengikuti program di Kuala Sepetang..KAMI sanggup korbankan cuti untuk mengambil pengalaman ini.
Antara gambar yang paling saya suka semasa saya menaiki bot untuk menikmati keindahan laut sambil berposing..hehehe



Semua kawan-kawan dah penat..ada yang tidur..ada yang masih boleh berposing, ada yang tersenyum dan ada dah menunjukkan muka penat. Masing-masing ada reaksi yang berbeza..Tapi seronok..walaupun rasa penat..hmmm macam nak pegi lagi je rasanya..
Sup Sayur-sayuran



Ini dia sayur sawi masak sup..
Sesetengah orang tidak menggalakkan makan sayur selepas bersalin. Ada sayuran yang boleh dimakan dan ada yang tidak. Sayur sawi adalah antara sayur yang tidak mendatangkan angin kepada seseorang dalam pantang. Sup sayur sangat diperlukan oleh si ibu kerana dapat menambahkan susu dalam badan. Hal ini sangat diberi perhatian kepada ibu yang kekurangan susu ibu. Oleh itu, makan lah makanan yang berkhasiat yang mengandungi kandungan air. GOOD LUCK..
Selepas ini mari ikuti resepi blog ini iaitu cara membuat PIZZA....
IKAN PARANG GORENG



Ok..ini pulak ikan parang yang hendak di goreng..huhu..ikan parang antara ikan yang boleh dimakan oleh orang baru lepas bersalin.cara masak yang paling baik dengan membakar ikan ini tapi mak aku suruh goreng jer..apa-apa pun, along aku makan ok jer..hehehe..tiap-tiap hari aku goreng ikan ni. stok ikan parang ni banyak dekat dalam peti ais.aku apa lagi, goreng je la...ikuti lah resepi orang dalam pantang seterusnya ok..

Masakan Orang pantang...



Inilah dia..masakan orang pantang yang diberi nama : Ikan Bilis Halia Padi
Huhu sangat pedas. Baik untuk panaskan badan untuk orang baru lepas bersalin.
ha..kawan-kawan nak tahu? inilah benda yang aku buat tiap-tiap hari untuk along aku.
Muhammad Fahim Bin Murad



Pada 20 januari 2009..along aku mendapat seorang anak lelaki..namanya Muhammad Fahim..Pada raya cina, aku berpeluang balik kampung..ye lah,berkobar-kobar nak tengok anak saudara aku..pertama kali jadi mak sedara..Oleh itu, aku terpaksa berkorban program kolej aku ke Pahang,,hmm memang la best..tapi lagi best aku dapat jumpa & cium Fahim..uh rindu la kat si comel tu..Sekali-sekala..aku WAJIB hadir ke program keluarga aku pulak kan?? betol tak rakan-rakan JMK ku sekalian???hehehe..Jangan la sebab aku tak pergi program kolej, aku kena pulak di titlekan sebagai "JMK apa lah tak pergi program.."(JMK:JAWATAN KUASA MAHASISWA KOLEJ)..so meh kita sama-sama ikuti apa yang aku buat kat rumah aku yerk..



First time jadi pengapit..huhuhu..nasib baik ada mak andam..tolong-tolong aku amik kan bunga telur time orang tepung tawar..huhu..KAK ZAI & HUSBAND WEEDING..25 FEBRUARI 2009..

Hmm..pergerakan Rakan Kiosk KAB untuk KARIL KAB



GAMBAR AKU je TAk DE..

BURGER ADA....AIR KELAPA ADA...JAMBU ADA..MARI..MARI..MURAH PUNYA..

OpenDaY KoleJku KAB,Kolejku KAB...










Antara artis jemputan yang telah menjayakan KARIL KAB....huhuhu
Terharulah..Openday kali ni dapat sambutan hangat..
"SWIFTER, HIGHER,STRONGER"

Kolej oh Kolej

Pada 12-15 Februari, Kolej Aminuddin Baki mengadakan Openday.."KARNIVAL ILMU"..uwah meriah gitu..ramai gak orang yang datang tengok..nak-nak ada lak kumpulan In-Team yg datang..Waheeda & ramai lagi..huh sapo tak penat..JMK-JMK KAB gak yang ponat kan??? huhu Aku dah la kena bertugas kat gerai-gerai jualan..sebagai bendahari Kolej..itu la keje yang aku kena pantau..kalo tak keja aku asyik la "pelarasan-pelarasan"..itu je lah..nanti orang kata aku tak buat keje pulak kan???So sekarang ni la..aku ada masa nak cantik-cantikkan blog aku..orang lain dah sampai arab saudi..aku baru dekat airport..huhuhu..aku tengah berkobar-kobar buat blog ni..so pape hal aku explore dulu yer...TUNGGU SEKEJAP...

Sunday, February 22, 2009

Embun Pagi..


KehiDupaN di KampuS

Penyesuaian Diri.
Bagi setengah-setengah pelajar kehidupan di Universiti boleh membawa kebimbangan dan frustasi. Ini mungkin disebabkan adalah beberapa proses pendaftaran, atau pemilihan kursus yang sesuai atau disebabkan oleh kekurangan buku-buku dan masalah-masalah lain, dalam suasana yang baru ini. Pelajar-pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus yang agak asing bagi mereka.
Berdikari
Semasa di sekolah segala hal mengenai diri pelajar adalah merupakan tanggungjawab guru-guru, keluarga atau masyarakat sekeliling. Tetapi tanggungjawab sekarang adalah dipikul oleh diri pelajar itu sendiri misalnya ia terpaksa mencari tempat tinggal sendiri. Pendekatan ia terpaksa membuat keputusan sendiri dalam semua perkara. Tetapi pada kebiasaannya, kebanyakan pelajar masih belum lagi bersedia untuk membuat keputussan sendiri dan berdikari.
Cara Mengatasi Masalah Di Kampus
Masalah di kampus bukan hanya terhad kepada masalah akademik sahaja tetapi juga meliputi masalah perhubungan sosial dengan pelajar-pelajar lain. Pertemuan antara pelajar-pelajar baru dengan pelajar-pelajar lama kadangkala menimbulkan perasaaan kebimbangan atau rasa terancam. Sebenarnya, tidak ada jalan pendek bagi menyelesaikan masalah penyesuaian diri dengan kehidupan di kampus ini. Walau bagaimanapun beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan dalan usaha mengatasi maslah tersebut bagi membantu pelajar-pelajar. Antaranya :
Anda harus tabah hatu dan berusaha sedaya upaya memahami dan menyesuaikan diri dengan suasana baru di kampus ini.
Andainya sesuatu yang baru itu boleh mendatangkan faedah yang baik maka anda hendaklah bersedia menerima perubahan baru dan mengubah kebiasaan anda yang lama.
Jangan merasa ragu-ragu untuk menemui orang-orang yang boleh membantu anda dalam memberi sebarang nasihat mengenai masalah yang anda hadapi. Misalnya anda boleh temui jawatan kuasa minggu orientasi , pelajar-pelajar yang lebih senior, pensyarah-pensyarah , pengawai.
Dalam masalah penyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, anda harus banyak bersabar, bersedia bertolak ansur dan cuba memahami diri rakan anda itu.
Suatu perkara yang agak baru bagi setengah - setengah pelajar baru ialah mereka merasa kesuntukan masa. Ini disebabkan oleh berbagai aktiviti yang telah diatur sehingga masa lapang tinggal amat sedikit. Sebenarnya ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi anda ialah cuba bergerak, bekerja dan membuat sesuatu dengan pantas. Ini adalah suatu latihan dengan penggunaan masa yang baik. Anda tidak akan mampu lagi membuang-buang masa dengan sia-sia semasa berada di kampus.
Di kampus telah diaturkan berbagai-bagai kegiatan yang bukan bercorak akademik kepada semua pelajar. Sebagai pelajar baru anda tidaklah boleh mengasingkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut yang meruapakan sebahagian daripada pembelajaran di universiti. Andainya ada pelajar-pelajar yang selalu cuba mengelakkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut, ia akan hilang peluang menunjukkan bakatnya dalam masyarakat kampus.
Kumpulan pelajar di kampus adalah merupakan sebuah masyarakat yang tersendiri. Sebagai anggota sebuah masyarakat ia harus tahu tangungjawab dan peranan dalam masyarakat tersebut, misalnya ia harus berani menerima tangungjawab tersebut. Anda harus berlatih menjadi seorang pemimpin yang jujur dan tahu tanggungjawab terhadap masyarakat dan penciptaNya.

Thursday, January 22, 2009

Kaunseling menjadi pilihan

· Ingin mempelajari ilmu kaunseling untuk menolong orang
yang bermasalah.
· Selain menjadi seorang guru, saya berhasrat untuk memahami jiwa
dan permasalahan pelajar dengan lebih dekat lagi.
· Saya tertarik dengan banyak program yang dianjurkan oleh Unit
Bimbingan Kaunseling Sekolah (UBK).
· Dapat mengadakan pelbagai bentuk program
dan mempelajari bagaimana mengendalikan program dengan lebih
berkesan.
· Selain itu, saya dapat mengenali siapa diri saya dengan apa yang saya
belajar dalam ilmu kaunseling.

Selain itu, dengan dorongan ibu bapa saya untuk menjadi
seorang guru dapat meningkatkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang terbaik lebih-lebih lagi seorang guru KAUNSELING..............

InsyaAllah.... saya akan meneruskan hasrat saya untuk belajar sehingga saya dapat menguasai ilmu kaunseling ini. dengan lebih baik lagi...

Mukadimah Hari ini.......

Sinar Delia membawa serakan cahaya yang menjadi penyuluh hidupku kerana HANYA MASA itu sahaja yang dapat mengubah segala-galanya....."